Friday, October 5, 2012

WAJAH SEIRAS CINTA

mood rindu

terpandangkan wajah seirasnya tadi

menggamit seribu kenangan

manis

rindu pada kehadirannya

rindu mendengarkan suara penuh nasihat itu

rindu pada pandangan penuh kasih dan sayang

tidak berbelah bagi

mungkin selalu disalah anggap

tapi niat di hati aku tahu, ikhlas kerana cinta

rindu memegang tangan yang penuh dengan seribu kedut tua

kecut kerana berbakti

pada anakanda dan cucuanda

jadi aku teringat pada impiannya

ingin menghantar setiap cucuandanya ke menara gading

jadi sebak

impian tak kesampaian

dia yang hati penuh cinta pergi dulu menyahut seruan Illahi

janji yang telah diikat sebelum lahir ke dunia

AL-FATIHAH

nenekanda hamba..


No comments: